Khamis, 7 Februari 2013

PANGGILAN MESYUARAT GURULATIH PSSGM SELANGOR SESI 2013-2014


Mesyuarat Exco yang diadakan pada 30 Januari 2013 di Kelab Tasik Putrajaya, telah menetapkan tarikh bagi mesyuarat gurulatih adalah pada 17 Februari 2013 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Jalan Timun 24/1, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.  Pendaftaran Gurulatih/Pembantu bermula jam 2.00 petang dan Perasmian dan Mesyuarat akan bermula jam 3.00 petang.

Sehubungan dengan ini sila bawa kad keahlian dan sijil gurulatih/pembantu untuk pendaftaran.  Bagi yang belum memperbaharui sijil gurulatih/pembantu, boleh dibuat pada waktu pendaftaran.  Pembaharuan sijil gelanggang juga boleh dibuat pada hari tersebut.  Sebarang usul dari gurulatih hendaklah melalui daerah dan dihantar kepada Setiausaha PSSGM Selangor selewat-lewatnya 13 Februari 2013.
 
Kerjasama pihak tuan bagi menyampaikan kepada semua Gurulatih/Pembantu amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan